Manusia mula pengembaraannya dari saat persenyawaan dan berhenti pada nafas terakhir. Bagi yang Islam, pengembaraan seseorang dikatakan berterusan hinggalah ke alam barzakh. Bagi yang bukan Islam, pelbagai pandangan diutarakan berdasarkan pada kepercayaan masing-masing berkenaan konsep kehidupan selepas mati.

hand11.jpg hand2.gif

Sebelum menghadapi kematian, kebanyakkan manusia akan melalui peringkat yang di panggil dewasa akhir di mana umur kronologi bagi tahap ini adalah 65 tahun keatas.

Namun, kita tidak dapat menafikan bahawa kematian juga boleh berlaku pada sesiapa di peringkat umur yang lebih muda. Apa yang pasti semua pengembaraan akan berakhir dan yang tinggal adalah memori.