TAHUN lepas lebih kurang 1.9 juta orang dewasa akhir menghadapi masalah kesihatan seperti sakit badan dan sendi. Bilangan ini sememangnya tinggi dan lebih mencemaskan lagi Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa Malaysia mempunyai hanya sembilan pakar `geriatrician (oakar dalam bidang kesihatan untuk orang tua)’.

SenamMemandangkan pakar untuk merawati orang tua amat terhad, pihak Kementerian Kesihatan mengalakkan doktor-doktor yang berkhidmat di bawahnya untuk menceburi bidang tersebut.

Menurut Dr Noorimi Murad daripada Divisyen Perkembangan Kementerian Kesihatan adalah penting untuk meningkatkan bilangan pakar dalam merawati orang tua. Beliau mengatakan bahawa bilangan orang tua yang berumur 60 tahun keatas akan bertambah sebanyak 7.3 peratus tahun 2010 dan hampir 10 peratus tahun 2020 dan 11 peratus tahun 2025. Lebih 20 negara sedang maju mempunyai jangkahayat 72 keatas. Antaranya ialah Costa Rica (77), Cuba (76), Jamaica (75), Sri Lanka (73) dan Malaysia (72). (NST: 9/3/2006)

Disebabkan bilangan orang tua akan bertambah, pihak Kerajaan telah memutuskan untuk menaik taraf kemudahan di hospital-hospital daerah termasuk kemudahan rehabilitasi untuk rawatan bagi orang tua di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Sekarang cuma ada dua unit rawatan orang tua- satu di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan satu di Hospital Kuala Lumpur.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai orang dewasa akhir akan hidup sehingga 72 tahun keatas. Namun orang tua di negara ini akan menghadapi masalah kesihatan 14 tahun lebih awal daripada mereka yang berumur di negara maju dan Jepun (NST: 2/5/2006)

Presiden Persatuan Masyarakat Andrologi Datuk Profesor Dr Tan Hui Meng mengatakan bahawa kajian menunjukkan lelaki di Malaysia akan diserang sakit jantung yang pertama apabila mereka dalam lingkungan 50an, dibandingkan dengan negara barat, serangan jantung pertama akan dialami oleh lelaki elaki yang berumur 70an.

Kajian rambang yang melibatkan 4,000 lelaki di Petaling Jaya tahun lalu menunjukkan purata umur mereka yang diserang penyakit jantung pertama kalisihat adalah 58 tahun. Kajian yang sama juga menunjukkan 87 peratus daripada sampel menghidapi satu masalah kesihatan yang besar dan 67 peratus menghidapi dua masalah.

Dr Tan yang juga seorang profesor di Fakulti Perubatan Universiti Malaya mengatakan kebanyakkan lelaki tidak mengambil berat risiko kemungkinan menghidapi penyakit semasa tua dan mereka juga agak keberatan untuk menjalani rawatan. Antara faktor risiko ialah kurang bersenam, merokok, minum alkohol dan makan makanan yang tidak sihat, kurang tidur dan obesiti.

Dr Tan mengatakan faktor-faktor tersebut terkumpul dan akan menyebabkan lelaki Malaysia sakit apabila mencecah umur lingkuangan 50an. Menurut beliau: “Inilah akibatnya apabila menyeksa tubuh sendiri dengan tidak mengamalkan cara hidup sihat. Mereka akan menghidap penyakit sperti diabetes, `hyprtension”, serangan sakit jantung dan angin amar (NST: 2/5/2006).” Masalah kesihatan jangkamasa panjang yang selalu dihadapi oleh orang dewasa akhir adalah seperti arthritis, sakit sendi, hypertension dan dimentia.


Cabaran Minda: (cadangan perbincangan):
Kenapa kebanyakkan kita agak keberatan untuk menjaga kesihatan?
Cuba cari alasan yang menarik atau mencuit hati bila kita cuba menolak pelawaan rakan kita untuk bersenam.