Pakar perkembangan psikologi melabelkan mereka yang tuaberumur di antara 65 dan 85 sebagai dewasa akhir. Mereka yang berumur lebih daripada 85 tahun pula dipanggil `Gerontology’. Sekiranya kita melihat demografi penduduk dunia, mereka yang berada di tahap dewasa akhir semakin bertambah menurut pakar psikologi Robert S. Feldman (2006).

Sekarang lebih kurang 20 peratus penduduk dunia adalah populasi yang berumur 60 tahun keatas. Pakar menjangkakan dewasa akhir akan bertambah sehingga 25 peratus pada 2050.

Bilangan yang paling cepat bertambah di dalam kumpulan Tun Dr Mahathirdewasa akhir adalah mere yang berumur 80 tahun keatas. Fenomena ini bukan hanya berlaku di negara maju tetapi di seluruh dunia. Salah seorang pemimpin kita yang sudah menjejaki alam dewasa akhir ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berumur di lingkungan awal 80. Beliau masih lagi kelihatan sihat dan bertenaga. Dengan terma `ageism (penuaan), kumpulan ini juga terpaksa melalui pejudis dan diskriminasi yang ditujukan kepada orang tua seperti sikap negatif terhadap proses penuaan. Peluang perkerjaan juga tidak banyak dan proses penuaan di anggap seperti satu penyakit yang paling ditakuti. Penampilan di ruang media terhadap mereka yang tua juga amat terhad. Mereka yang muda diberi keutamaan di dalam pengiklanan. Orang tua cuma akan ditonjolkan untuk kumpulan sasaran tertentu sahaja seperti iklan insuran.

Namun kita tidak boleh menafikan bahawa kumpulan dewasa akhir adalah mereka yang mempunyai berpengalaman yang amat luas mengenai kehidupan. Adalah wajar bagi yang muda meluangkan masa dengan kumpulan ini sebab banyak yang mereka boleh pelajari daripada mereka yang dikategorikan sebagai dewasa akhir.

Cabaran Minda: (cadangan perbincangan):
Proses penuaan adalah menakutkan. Adakah ini benar?