PADA tahap mana seseorang dianggap sudah tidak bernyawa ataupun mati? Adakah ketika kita tidak bernafas? Apabila jantung kita berhenti?pix8.jpg Bila doktor tidak dapat menyedarkan kita semula?

Cerita perubatan yang kita tonton, seseorang dikatakan meninggal dunia apabila doktor tidak dapat mengesan aktiviti otak lagi. Pada masa ini, keluarga yang terdekat akan dinasihatkan untuk memutuskan samada untuk meneruskan atau menghentikan alat bantuan pernafasan.

Menurut R, Dying Morison di dalam buku Life and Death and Medicine, beliau mengatakan bahawa kematian berlaku apabila bahagian hadapan otak tidak lagi berfungsi. Apabila ini telah dipastikan, usaha untuk mengekalkan nyawa dianggap tidak perlu lagi (Troll: 1982).

Bagi Troll pula, adalah agak susah untuk menentukan kematian biologi dan lebih susah lagi untuk mendefinasikan kematian psikologi dan sosial. Dalam banyak kes, kematian psikologi dan sosial akan berlaku lebih awal daripada kematian biologi, mungkin bulan atau tahun lamanya.

Individu yang tidak boleh mengait diri pada orang lain atau keadaan, mungkin boleh dikatakan sebagai kematian psikologi. Seseorang yang diasingkan daripada masyarakat dengan meletakkan individu tersebut di sebuah institusi dan tidak lagi terlibat dengan hal dunia boleh dianggap melalui kematian social. Adakah pandangan Troll ini munasabah? Bagi saya, pendapat Troll adalah satu persepsi yang kita tidak boleh ketepikan dan agak menarik. Ianya menarik sebab konsep kematian bagi selalunya dikaitkan pada kematian biologi. Kita tidak didedahkan pada jenis kematian yang lain seperti yang dipertengahkan oleh Troll- kematian psikologi dan sosial.

Sebuah kajian oleh V. Marshall dalam tahun 1975 mengatakan bahawa umur seseorang akan mempengaruhi anggaran jangkahayat. Beliau telah bertanya golongan dewasa akhir kulit putih yang berumur di antara 64 dan 75 tahun di mana 50 peratus subjek mengatakan mereka boleh hidup 10 tahun keatas. Manakla hanya 10 peratus golongan dewasa akhir yang berumur 85 tahun keatas mempunyai tanggapan yang sama dengan golongan yang lebih muda daripada mereka.

 

Kebimbangan Kematian

pix4.jpgPelbagai kebimbangan akan timbul bila berkaitan dengan kematian. Troll mengatakan ada yang risau tentang mutilasi, diketepikan, proses nazak, kesakitan dan kehilangan maruah. Untuk yang mempunyai pegangan agama, kebimbangan mereka lebih kepada balasan selepas kematian. Sesetengah juga takut pada kepupusan atau kemusnahan. Namun ada juga yang bimbang, kematian mereka akan melukakan orang yang disayangi atau dilihat sebagai meninggalkan mereka yang dipertanggungjawabkan. Ada juga yang bimbang apa yang akan terjadi pada tubuh mereka selepas kematian.

Mengikut Troll juga, orang yang lebih tua, mungkin disebabkan mereka lebih hampir pada hujung jangkahayat mereka, tidak rasa takut pada kematian dibandingkan dengan orang muda. Orang tua juga lebih kerap memikirkan dan mebincangkan tentang kematian.

Beliau menengahkan tiga cadangan oleh Kalish (1976) kenapa orang tua tidak takut pada kematian daripada orang muda. Tiga cadangan tersebut adalah:

* Orang tua menganggap nilai hidup mereka adalah rendah, maka mereka meletakkan nilai yang kurang pada nyawa mereka;

* Orang tua mempunyai tanggapan jangkahayat mereka sejak muda lagi dan masa mereka akan mati pada satu tahap umur. Dengan tanggapan sedemikian, mereka akan rasa tertipu bila diberitahu mereka nazak pada tahap umur yang lebih muda dan rasa mereka dirahmati tuhan apabila hidup lebih lama daripada jangkaan mereka; dan,

* Orang tua menjadi social pada kenazakan melalui proses yang diulangi pada masa kematian orang lain. Semakin panjang umur seseorang, lagi besar kemungkinan mereka akan berhadapan dengan kematian orang yang dikenali seperti ibubapa, adik-beradik, pasangan hidup dan rakan-rakan. Kajian menunjukkan bahawa lebih tua seseorang itu, lebih rendah bilangan mereka ini mencari bantuan pakar perubatan untuk membantu mereka menghadapi kejutan dan kemurungan bila kematian berlaku.

 

Proses Nazak

Pakar psikiatri Elisabeth Kubler-Ross telah membuat hipotesis bahawa seseorang akan melalui lima tahap psikologi bila berhadapan dengan kematian. Beliau membuat hipotesis ini apabila menemuramah 200 orang yang nazak.pix00.jpg

Lima tahap psikologi ini ialah:

* Penafian (reaksi pertama apabila diberitahu mereka akan mati);

* Marah (mula menuduh seseorang termasuk tuhan kerana menyebabkan mereka nazak)

* Cuba tawar-menawar (cubaan untuk membuat perjanjian dengan takdir supaya diberi lebih masa lagi untuk membuat sesuatu sebelum mati)

* Murung (berlaku apabila menjadi lebih lemah, kurang selesa dan tahap fizikal yang makin rendah) dan

* Penerimaan (ini tidak semestinya satu keadaan yang gembira, malah ianya keadaan yang tiada perasaan).

 

Pengebumian dan Kehilangan

KEMATIAN dan pengebumian boleh dilihat sebagai tirai penutup kehidupan seseorang di atas bumi. Apa yang berlaku selepas itu, hanya yang Maha Berkuasa tahu kesudahan yang akan dilalui di alam barzakh nanti.

Bila kita melihat jenazah dikebumikan atau diurus mengikut kepercayaan seseorang itu, perasaan yang bercampur-aduk akan dilalui oleh mereka yang masih hidup,

Pengalaman sendiri bila menghadapi kematian orang yang disayangi memang mengubah pandangan saya mengenai kehidupan. Apa yang saya pelajari adalah kita melalui kehidupan di bumi dengan menggunakan masa yang dipinjam kerana kematian boleh berlaku pada bila-bila masa.

Pengebumian boleh dilihat juga satu sistem sokongan bagi mereka yang hidup kerana keluarga dan rakan-rakan akan berkumpul. Pada masa ini, perasaan yang dilalui termasuk sedih, marah, tidak percaya dan keliru. Keluarga dan rakan yang rapat memainkan peranan yang penting untuk membantu mereka yang hilang orang disayangi untuk menghadapi isu kehilangan dan emosi yang kecamuk.

 

Cabaran Minda: (cadangan perbincangan):
Senaraikan perasaan seseorang apabila meghadapi kematian orang yang disayangi dan jua orang yang dibenci? Berikan penerangan mengenai pemilihan anda.