TERDAPAT dua pendapat yang popular mengenai memori. Pertama, ingatan seseorangpix1.jpg akan semakin pudar apabila umur semakin lanjut. Kedua, orang tua lebih mudah mengingati memori yang berlaku bertahun lamanya daripada perkara yang berlaku beberapa jam yang lepas (Rogers, 1982).

Apabila seseorang menjadi lebih tua, dikatakan perkara-perkara yang disimpan di dalam memori jangkamasa pendeknya mudah dilupai daripada memori jangkamasa panjangnya lebih-lebih bila maklumat yang diterima dengan cepat dan secara lisan.

Menurut prinsipal Pollyana, seseorang lebih senang mengingati perkara yang menyeronokkan daripada yang sebaliknya.

pix01.jpgMasalah memproses maklumat boleh berlaku pada seseorang yang berada di kategori dewasa akhir dan penjelasan daripada perspektif biologi mengatakan bahawa berlakunya kemerosotan pada lobus hadapan otak.

Pakar mengatakan ramai orang dewasa akhir percaya pada pandangan bahawa mereka perlu menggunakan minda mereka dengan kerap untuk mengelakkan kehilangan fungsi otak.

Cabaran Minda: (cadangan perbincangan):
Adakah mengambil herba gingko dan makan koko boleh meningkatkan fungsi otak. Bincangkan