RAMAI mungkin masih bertanggapan bahawa orang dewasa akhir tidak berkemampuan atau kurang minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti seksual. Sekiranya ini adalah benar, kenapa kita masih membaca lapuran suratkhabar mengenai mereka yang berumur berkahwin lagi.

OldMungkin alasan yang diberi oleh orang tua yang berkahwin lagi ialah untuk tidak menyusahkan anak-anak untuk menjaga mereka, sebagai teman hidup melalui hari tua dan bukan untuk tujuan seksual semata-mata. Mungkin ini ada kebenarannya.

Namun kita tidak boleh menafikan ada orang dewasa akhir menimang cahaya mata baru dalam usia tua mereka di negara barat. Fenomena ini selalunya berlaku apabila lelaki dewasa akhir berkahwin dengan wanita yang jauh lebih muda dalam usia yang boleh mendapat anak. Pakar mengatakan orang dewasa akhir masih lagi aktif secara seksual bila mereka menjejaki umur 80an dan 90an.

Faktor yang menyumbang kepada aktiviti seksual di kalangan orang dewasa akhir adalah kerisauan sekiranya mereka tidak aktif mereka akan hilang kemampuan untuk melakukannya dan juga tanggapan yang rendah oleh teman mereka sekiranya mereka tidak melakukan hubungan intimasi.

Pada masa yang sama, menurut De Beauvoir dalam “Readings in Adults Psychology Contemporary Perspectives”, orang muda juga terkejut bila mendapati orang dewasa akhir masih lagi aktif secara seksual. Pandangan ini mungkin boleh mewujudkan juga perasaan malu di kalangan orang dewasa akhir untuk mengaku masih lagi boleh melakukan hubungan intimasi. Di dalam budaya melayu sebagai contohnya, orang dewasa akhir yang berkahwin semula adalah lebih gembira mudah bagi lelaki berbandingkan wanita.
Sebuah kajian oleh Bulcroft, Hatch dan Borgatta (1989), mereka mendapati behawa tiga daripada 1,000 wanita bujang berumur 65 tahun keatas berkahwin semula berbandingkan 17 daripada setiap 1,000 lelaki dewasa akhir setiap tahun.
Kajian yang sama juga mengatakan bahawa perkahwinanan semula di kalangan orang dewasa akhir akan meningkat di masa depan kerana bilangan mereka semakin ramai. Ianya juga mengatakan bahawa mereka yang telah agak lama berbujang dan mereka yang duduk dengan orang lain besar kemungkinan tidak akan berkahwin semula.

Tahap kebarangkalian orang dewasa akhir yang berpelajaran dan mempunyai kesihatan yang baik untuk berkahwin semula adalah tinggi. Kadar penceraian mereka yang berkahwin selepas 60 semakin rendah dan akan stabil pada tahap dua peratus.

Cabaran Minda: (cadangan perbincangan):
Apa pandangan anda pada orang dewasa akhir berkahwin semula?
Patutkah orang dewasa akhir tidak berkahwin? Bincangkan.