Kumpulan dewasa akhir akan melalui peralihan fizikal yang ketara.

Perubahan luaran:

> rambut beruban

> kulit yang berkedut

> pengecutan fizikal sebanyak empat inci (terutama dikalangan wanita) disebabkan osteoporosis akibat kehilangan kalsium, dan

> pergerakan dan kadar reaksi yang lebih perlahan.

TanganPerubahan dalaman:

> Otak semakin kecil dan ringan di mana ianya semakin rengang dengan tengkorak meningkatkan lagi kemungkinan masalah kecederaan

> Pengurangan bilangan neurons

> Peredaran darah yang perlahan

> Kadar peredaran darah berkurangan sebanyak 25 peratus dibandingkan semasa mereka berumur 20an; dan

> Saluran darah lebih kecil dan keras.

Penurunan kapasiti (dibandingkan di antara mereka yang berumur 30 tahun dan 75 tahun)

> berat otak: 56 peratus

> peredaran darah ke otak: 80 peratus

> pengambilan O2: 40 peratus

> bilangan deria rasa: 36 peratus

> gengaman tangan: 55 peratus

> berat badan (lelaki): 88 peratus

Penglihatan

Visual semasa tahap dewasa akhir semakin berkurangan. mataSeseorang perlukan lampu yang lebih terang dan penglihatan malam semakin berkurangan. Transaksi dari terang ke gelap atau gelap ke terang adalah perlahan. Masalah ‘cataracts’ di mana lensa mata jadi kelabu juga dialami oleh kebanyakkan mereka di dalam kumpulan dewasa akhir.

Pendengaran

Lebih kurang 30 peratus orang dewasa yang berumur di antara 65 dan 75 tahun akan mengalami masalah pendengaran yang ketara. Manakala, 60 peratus mereka yang berumur lebih 75 tahun akan menghadapi masalah pendengaran. Bantuan pendengaran boleh memperbaiki kualiti hidup mereka.

Deria rasa dan bau

Kadar sensitiviti bagi kedua deria semakin berkurangan. Bila ini berlaku, kekurangan selera makan dan masalah nutrisi mungkin akan berlaku. Ketika menyediakan makanan, mereka yang mengalami deria rasa dan bau yang sensitif akan menambah perisa makanan seperti garam yang mana boleh menyebabkan masalah hypertension (tekanan) dan penyakit jantung.Kenapa deria rasa dan bau semakin berkurangan? Pakar mengatakan bahawa pengurangan bilangan deria rasa dan pengecutan bahagian otak yang mengawal deria bau.

Cabaran Minda: (cadangan perbincangan):Semakin masyarakat menjadi maju dengan perkembangan teknologi yang canggih, usaha untuk memerangi proses penuaan telah menukar landskap sektor kecantikkan.
Apa pendapat anda tentang pembedahan plastik, rawatan botox dan proses kecantikkan?
Bagaimana agama anda melihat usaha perangi ketuaan?