PERSEPSI popular personaliti bagi orang dewasa akhir tidak selalunya benar. Menurutpix3.jpg Dorothy Rogers (1979), tanggapan bahawa orang dewasa akhir akan menjadi tidak fleksibel atau konservatif adalah mitos kerana ada di antara mereka akan berubah sehingga penghujung hayat mereka.

 

Andaian orang dewasa akhir tidak produktif juga adalah tidak tepat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa produktiviti seseorang akan menurun, tetapi bukan kerana umur yang lanjut semata-mata. ian juga disebabkan masalah kesihatan dan faktor-faktor lain. Berapa ramai di antara kita yang kenal dengan orang dewasa akhir yang masih mampu mengerjakan bendang di kampung dan mengangkat cangkul yang berat? Berpandukan pada apa yang kita lihat di sekeliling, kita sendiri yang harus menentukan pendapat mana yang benar dan yang boleh dipertikaikan.

 

Di antara personaliti orang dewasa akhir yang dikemukakan oleh pakar seperti Rogers adalah kumpulan dewasa akhir selalu dilihat sebagai orang yang kesunyian dan diketepikan oleh golongan muda. Jurang yang nyata di antara golongan tua dan muda mungkin berlaku kerana orang tua sendiri lebih suka bergaul dengan mereka yang hampir sama umur (Rogers, 1979).

Rogers juga mengatakan: “ Setengah orang tua melihat diri mereka sebagai orang yang gagal (ms 294).” Namun, golongan ini juga dilihat sebagai orang yang bijaksana kerana pengalaman mereka.

 

 

Teori Perkembangan pada tahap ini ialah:

a. Tahap akhir Erikson (Integriti Ego)

pix5.jpgBila ini berlaku, golongan dewasa akhir akan rasa puas hati dan mencapai apa yang dihajati dengan mempunyai realisasi mengenai potensi mereka begity juga kekecewaan dalam kehidupan. Kemurungan juga boleh berlaku di mana seseorang akan merasa kecewa dengan menfokuskan pada apa yang mereka tidak lakukan dan pencapaian yang kurang memuaskan. Ini akan membuat seseorang merasa sedih dan muram.


b. Musim Akhir Levinson

Proses transaksi pada umur antara 60 dan 65 tahun juga berlaku di mana seseorang merasakan mereka sudah tua dan terpaksa berhadapan dengan stereotaip yang negatif tentang umur tua termasuk perubahan fizikal dan juga sanggup melepaskan kehendak sendiri untuk mendapat tumpuan setiap masa.

 

 

 

 

Rumusan Hidup

Adalah kebiasaan dalam hampir semua teori perkembangan dewasa akhir di mana seseorang akan melalui peningkatan kesedaran bahawa mereka akan mati. Mereka juga lebih memahami apa yang sudah mereka lalui di mana ini akan mewujudkan perhubungan yang lebih rapat dengan orang lain. Seseorang juga boleh mengalami perkembangan yang negatif di mana terlalu taksub pada perkara yang menyakitkan hati, kesalahan lampau dan perasaan bersalah.

 

Teori penuan yang berjaya yang ada termasuk:

1. Teori Perlepasan (Disengagement Theory)

Teori ini mengatakan bahawa orang dewasa akhir akan melalui proses menarik diri secara perlahan daripada dunia secara fizikal, sosial dan psikologikal . Tindakan ini dianggap positif kerana ianya membenarkan lebih refleksi diri sendiri dan tidak terikat pada peranan sosial. Bila proses ini berlaku, ianya juga mengurangkan pengunaan tenaga emosi pada orang lain apabila orang dewasa akhir tersebut sakit ataupun meninggal dunia.

2. Teori Aktiviti

Teori ini menyatakan bahawa mereka yang melalui proses in mengekalkan minat, aktivitipix2.gif dan perhubungan sosial di tahap yang sama semasa mereka berada di tahap dewasa pertengahan. Apa yang mereka buat pada umur yang lebih muda diteruskan sehingga hari tua. Bila mereka mengalami kehilangan aktiviti seperti pekerjaan kerana bersara, golongan ini akan mencari benda lain yang mereka boleh buat. Memandangkan tidak semua aktiviti adalah sesuai untuk semua orang, golongan dewasa akhir mempunyai kelebihan untuk melepaskan aktiviti-aktiviti yang tidak sesuai.


3. Pemilihan Optimal


Teori ini lebih menekan pada kemahiran tertentu atau aktiviti yang boleh mengganti perkara yang hilang. Ianya hampir serupa dengan teori aktiviti tetapi pendapat mereka yang mengamalkan Pemilihan Optimal adalah lebih realistik dan fokus pada fungsi yang hilang, sesuatu yang orang dewasa akhir harus lakukan dengan kesedaran kendiri.

 

Cabaran Minda: (cadangan perbincangan):
Bincangkan bagaimana anda boleh membantu orang dewasa akhir untuk melihat perubahan yang mereka lalui secara positif.