KEBANYAKKAN orang dewasa akhir di negara kita tinggal di rumah yang sama di mana mereka membesarkan anak-anak sendiri. Bagi yang berkemampuan, anak-anak akanpix7.jpg menggaji pembantu rumah untuk menjaga ibubapa mereka yang sudah tua, manakala ada juga anak yang tinggal serumah untuk menjaga orang tua mereka.

Namun, bilangan orang tua yang dihantar ke rumah jagaan orang tua juga meningkat. Masyarakat Asia masih lagi bertanggapan negatif terhadap mereka yang menghantar orang tua ke rumah jagaan.

Ramai orang Asia yang memandang serong terhadap individu yang menghantar ibubapa atau orang tua di dalam keluarga ke rumah jagaan orang tua sebab mereka dilihat sebagai orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak sayang orang tua mereka.

Adakah salah untuk menghantar orang tua kita ke rumah jagaan yang ada? Bagaimana kalau kualiti hidup orang tua kita akan menjadi lebih baik bila duduk di rumah orang tua dibandingkan dengan duduk keseorangan di rumah?

pix6.jpgMereka yang menyokong pandangan orang tua patut dihantar ke rumah jagaan akan mengatakan bahawa kualiti hidup akan bertambah baik seperti peluang membuat kawan baru, tidak keseorangan, terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang sihat serta makan-minum dan kesihatan seseorang akan terjaga.

Di negara barat, golongan minoriti lebih cenderung mempraktikkan konsep orang tua tinggal bersama kaum keluarga dibandingkan dengan kaum kulit putih.

Cabaran Minda: (cadangan perbincangan):
Apa pendapat anda mengenai tindakan setengah pihak menghantar ibubapa mereka ke rumah orang tua?